Kunjungan Hormat KSU Ke Atas Ketua Menteri Sabah
Editor iKDN | 11 Mac 10 7:39am

Setelah 10 bulan menerajui KDN sebagai Ketua Setiausaha akhirnya Dato' Sri Mahmood b. Adam berpeluang berjumpa dan berdialog dengan warga kerja KDN yang bertugas di Sabah. Pertemuan yang dibahagikan kepada dua sesi itu dihadiri oleh pelbagai agensi dan jabatan yang bernaung di bawah KDN.

"Walaupun agak lambat tidak mengapa akhirnya kita berjumpa juga. Bukan saya melupakan warga KDN di Sabah sebaliknya saya perlu menyelesaikan dulu perkara-perkara pokok di ibu pejabat. Syukur walaupun kita tidak akan dapat lari dari isu namun hasil persepakatan kerja kita berjaya menyelesaikan isu-isu yang sebelum ini menjadi duri dalam daging kita," katanya.

Beliau memaklumkan bahawa KDN yang kini diterajui oleh Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi perhatian khusus kepada kebajikan dan kemudahan warganya.

"Kita sedar kebajikan warga adalah salah satu elemen yang menyumbang kepada peningkatan imej organisasi. Beberapa perkara telah dikenalpasti seperti perumahan, kenaikan pangkat dan kemudahan lain. Kita sedang meneliti beberapa perkara agar semua warga KDN tidak terlepas," katanya.

Pada sesi kedua Dato' Sri Mahmood mengambil pertemuan ini untuk memberi taklimat di atas langkah-langkah KDN membanteras pemerdagangan orang. Menurut beliau meskipun Malaysia bukanlah negara tunggal yang berhadapan dengan isu ini, Malaysia tidak mengambil mudah.

"Sejak beberapa bulan yang lalu kita semakin mempergiatkan kempen meningkatkan kesedaran awam kita agar tidak ada rakyat kita yang terlibat dalam aktiviti ini. Jenayah ini jenayah rentas sempadan dan Malaysia tidak mahu dilihat sebagai tidak berbuat apa-apa," katanya.

Di taklimat ini KSU KDN itu turut memaklumkan pengubalan undang-undang negara yang berkaitan dengan isu ini sedang diperkemaskan. Malaysia juga turut menjalankan hubungan kerja yang aktif dengan beberapa pertubuhan antarabangsa berkaitan anti pemerdagangan orang.

--team berita ikdn

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami