KDN Siap Sedia Ke Parlimen
Editor iKDN | 8 Mac 10 2:51am

Tahniah kerana peserta bengkel penyediaan jawapan Parlimen telah berjaya mencapai ekspetasi yang diharapkan. Timbalan Ketua Setiausaha KDN, YM Dato' Azahar Raja Abdul Manap menyifatkan kejayaan menjawab 140 soalan dari 200 soalan yang di bawah tanggungjawab KDN menunjukkan peningkatan keupayaan menjawab dalam masa 3 hari yang diberikan.

"Berbanding tahun lepas kita berjaya mencapai 63 peratus penyediaan jawapan dalam tempoh yang sama tetapi kali ini dari 200 soalan jika diukur dari segi peratusan kita berjaya mencapai peningkatan sebanyak 7 peratus iaitu 70 peratus," katanya.

Sebanyak 10 Bahagian telah berjaya menyelesaikan soalan masing-masing sementara 5 Bahagian sahaja lagi yang berbaki soalannya.

"Kita mengharapkan kepada Bahagian-bahagian yang masih ada soalan baki itu agar segera menyelesaikannya kelewatan boleh dimaafkan tetapi tidak boleh berterusan lewat," katanya.

Menurut beliau lagi pegawai-pegawai yang berkaitan dengan soalan-soalan yang berkenaan wajar hadir ke Parlimen untuk memberi sokongan kepada sesi menjawab nanti.

--team berita ikdn.

 

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami