Serangan Pengganas Di Selat Melaka? Editor iKDN | 8 Mac 10 2:27am
Berikut ialah komen Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri ketika ditanya oleh media pada 5 Mac 2010:
"Polis Marin ada tugas dan tanggungjawab sendiri dan Dato Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan telah pun membuat kenyataan. Bagi saya ianya tidak bercanggah dengan saya dengan apa yang telah diumumkan oleh Menteri Pertahanan. Kita sentiasa bergerak sebagai satu entiti dan tidak lama lagi Menteri Dalam Negeri Singapura akan datang membuat lawatan rasmi ke Malaysia dan kita akan bincangkan dengan beliau kelak. Banyak perkara-perkara yang berhubung kait dengan negara jiran yang perlu dibincangkan. Tadi (5 Mac 2010) saya dikunjungi oleh Menteri Dalam Negeri Vietnam. Semua melahirkan kebimbangan dengan jenayah merentasi sempadan seperti dadah, penyeludupan manusia, pemerdangangan orang... yang bagi saya mungkin baru tetapi itulah risiko dan ancaman yang terpaksa kita hadapi dalam dunia globalisasi hari ini. Ia hanya dapat ditangani jika kita bekerjasama dengan negara-negara berdekatan."
Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.
Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.
Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my
Terima kasih
Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Tahukah Anda Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.