Contohi Sime Darby
Editor iKDN | 8 Mac 10 2:13am

Pemaju sektor hartanah wajar memberi perhatian kepada projek yang dirintis oleh Sime Darby Berhad yang menjadikan prasarana keselamatan di kawasan pembangunan mereka sebagai tarikan kepada bakal pelanggan mereka.

Projek yang dirintis oleh Sime Darby pada pertengahan tahun lalu (2009) ialah menyediakan balai polis, kereta peronda, motosikal peronda dan CCTV. Sementara PDRM menyediakan anggotanya untuk pemantauan keselamatan.

"Jadi bayangkan pengemblengan antara Kementerian-kementerian yang berkepentingan, pihak-pihak syarikat GLC dan syarikat swasta. Hari ini kita ada Datuk Bandar, ada bersama Menteri Pengangkutan, menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan...duduk semeja dengan Timbalan Ketua Polis Negara juga Ketua Polis Negeri ke arah pendekatan NKRA ini, " katanya.

Dato' Seri Hisham menambah, "Perbelanjaan mereka agak besar juga iaitu lebih kurang RM 4 juta tetapi lihatlah hasil yang mereka perolehi apabila hartanah mereka dibeli oleh pelanggan dengan harga yang tinggi kerana jaminan keselamatan yang diberikan."

Menurut beliau lagi berikutan kejayaan itu Sime Darby bercadang untuk mewujudkan pendekatan yang sama untuk sepuluh lagi projek perumahan mereka. Pulangan kepada syarikat berkenaan berbaloi kerana nilai harga rumah mereka meningkat, kadar jenayah menurun dan mereka telah membuat keputusan untuk mewujudkan pendekatan yang sama untuk sepuluh lagi projek perumahan Sime Darby.

-- team berita ikdn

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami