Penyelarasan CCTV Elak Pertindihan Dan Pembaziran
Editor iKDN | 8 Mac 10 2:05am
Mesyuarat Kemajuan Inisiatif Program Bandar Selamat yang membincangkan secara mendalam mengenai penyelarasan CCTV adalah untuk memastikan tidak adanya pertindihan dan juga pembaziran.
3 menteri kabinet hadir di mesyuarat berkenaan iaitu Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato' Shaziman Mansor , Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Ong Tee Keat. Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang diadakan di KDN pada 5 Mac yang lalu.

"Secara rambang CCTV yang telah kita kenal pasti mungkin lebih daripada 3235 CCTV. Sedia ada di bawah DBKL, di PLUS, ada di kawasan-kawasan perumahan yang lain, di Putrajaya kita ada lebih daripada 831 CCTV, yang penting bukan jumlahnya, tetapi keberkesanan CCTV ini," katanya.
Turut hadir juga ialah wakil konglomerat terkenal negara seperti Sime Darby serta beberapa agensi kerajaan yang berkaitan seperti DBKL, JPJ, PDRM dan NKRA KDN.
"Kita mahu melihat bagaimana teknologi seperti CCTV dapat membantu kita mengurangkan kadar jenayah. Bagaimanapun penyelarasannya perlu dibuat kerana tujuan dan matlamatnya sama iaitu untuk mengurangkan kadar jenayah," kata Dato' Seri Hishammuddin yang menemui media selepas mesyuarat berkenaan.
--team berita ikdn
|